Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم


BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Tuesday, September 7, 2010

Kelebihan Lailatul Qadr

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”

-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a

Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapannnya, kerana malam itu adalah satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).. Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun ke bumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Lailatul Qadr merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat. Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setelah berhimpun di pelusok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

Firman Allah taala:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan Al Quran ini pada malam Lailatul Qadar.

Dan apakah engkau sudah tahu apakah malam Lailatul Qadar itu?

Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara.

Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar!” (Surah Al Qadr: 1-5)

Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”

Hadis riwayat Anas r.a, Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan; lebih baik daripada 1000 bulan.

No comments: