Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Thursday, November 27, 2008

Markah Tertinggi Dijanjikan Ganjaran

JELAWAT - Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat mengungguli sekolah rendah lain di daerah Bachok dengan pencapaian 29 murid mencal tat 5A.

Guru Besar sekolah tersebut, Mat Ludin Hassan, berkata, pelbagai program dirancang bagi membolehkan murid mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Saya menekankan usaha memperkasakan guru agar mereka memahami tugas dan tanggungjawab dalam Pe-ngajaran dan Pembelajaran (P&P) secara berkesan dengan menganjurkan kursus dan bengkel bagi setiap mata pelajaran.
“Selain itu, pihak sekolah turut memperkemaskan latihan dalam kelas secara bersistematik dan mengajar mengikut tahap kebolehan murid yang mana mereka dikategorikan kepada cemerlang, sederhana dan lemah,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, pihak sekolah juga turut terlibat dengan projek jalinan mesra guru dan ibu bapa dengan menempatkan seorang guru untuk empat murid.
Katanya, beliau juga memberi galakan insentif kepada murid dengan menyediakan ganjaran wang kepada murid yang meraih 1A menerima RM3, selain memberikan anugerah emas dan perak kepada murid yang mendapat A me-ngikut kategori markah.
“Bagi murid yang meraih markah 90 hingga 100, mereka akan mendapat anugerah emas, manakala bagi murid yang mendapat markah 80 hingga 89 menerima anugerah perak,” katanya.
Mat Ludin berkata, pihak sekolah juga mengadakan program peningkatan akademik untuk UPSR akan datang di bawah Program 8090 UPSR 2009, iaitu 80 orang untuk 5A dengan 90 peratus am.
Tambahnya, pada musim cuti sekolah bermula 16 November ini, Program 8090 UPSR akan bermula dalam bentuk bengkel melibatkan murid Tahun Lima mengikut kategori cemerlang, sederhana dan lemah.