Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Thursday, December 25, 2008

KEM bestari solat 2008 SIRI 4

Alhamdulillah... Kem Bestari Solat Siri 4 telah berjaya diadakan pada Oktober 2008. Segalanya berjalan dengan baik dan meriah. Murid yg menjadi sasaran adalah murid j-Qaf iaitu mereka dari Tahun 1 - tahun 3.

Pelbagai aktiviti telah diadakan... Antaranya pertandingan Azan dan Iqamah, Kuiz Bacaan Dalam Solat, Kuiz Bacaan Ayat-ayat hafazan dan pelbagai lagi. PuterA puteri SKJ nampaknya begitu teruja dengan hadiah pelbagai yang disediakan oleh pihak sekolah. Mereka juga kelihatannya begitu dahagakan ilmu. -..Wahai guru..., kalianlah harapan kami. Didiklah kami ini...- Bermul jam 7.30 pagi hingga 4 ptg mereka bersama-sama di Dewan SKJ untuk menjayakan program.

Panitia Pendidikan Islam; yang terdiri Barisan Guru Pendidiikan Islam, dan Guru j-Qaf ... serta dengan kerjasama erat guru2 KAFA bersama-sama merealisasikan program yang mendidik jiwa ini. Alhamdulillah... :) Kami bertuah kerana perjuangan kami sentiasa mendapat sokongan, dorongan dari pihak pentadbir sekolah kami. Percayalah, kita adalah sebuah keluarga harmonis! ;)

Adik Aiman kelihatan gemuruh + ceria untuk memulakan bacaan Surah-Surah Hafazan...

Kami gembira sertai KBS! Demikianlah agaknya suara hati putera puteri SKJ pd saat ini~

Antara yg menyertai Amali Solat... Khusyuknye!!! ;)
*10 pesrta mewakili 1 kumpulan...*

j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi ( j )

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

6 Bulan Kedua

6 Bulan Pertama

Tahun

1 waktu seminggu

2 waktu seminggu

Tahun 1

1 waktu seminggu

Tahun 2 – Tahun 6

2.. Model Khatam Al-Quran ( Q )

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab ( A )

Pengajaran Bahasa Arab yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih Bahasa Arab sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

4. Model Fardhu Ain ( F )

a. Model PAFA-KAFA b. Model Kombinasi j-QAF c. Model Kem Bestari Solat

Wednesday, December 24, 2008

Konsep Pelaksanaan Model-Model j-QAF

KONSEP PELAKSANAAN MODEL- MODELJ-QAF SECARA RINTIS
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LATAR BELAKANG
YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa dalam tempoh 100 hari beliau menerajui tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima telah menyatakan hasrat supaya pelajar-pelajar Islam di negara ini dapat khatam bacaan al-Quran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah.
Untuk memenuhi hasrat ini, Kementerian Pendidikan ketika itu, telah menganjurkan satu Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 dan telah memutuskan supaya diadakan satu projek rintis program j-QAF pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sepenuhnya mulai tahun 2005.KONSEP j-QAFTakrif:j-QAF adalah singkatan kepada Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardhu ain. Kesemua perkara tersebut adalah elemen-elemen dalam Pendidikan Islam kecuali bahasa Arab.
Projek j-QAF bermaksud memperkukuhkan penguasaan Jawi, memastikan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah, mewajibkan pelajaran Bahasa Arab dan memantap amalan dan penghayatan fardu ain. Projek j-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan dan memperkasakan sekolah kebangsaan.Matlamat:Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
Projek j-QAF memberi tumpuan kepada perkara-perkara khusus ke arah memenuhi matlamat ini.Objektif:a. Membolehkan murid khatam al-Quran sebelum menamatkanpengajian di sekolah rendah.b. Meningkatkan penguasaan murid dalam Jawi dan Fardu Ain.c. Membolehkan semua murid Islam mempelajari Bahasa Arab. Kumpulan sasaran :Kumpulan sasaran projekj-QAF ialah semua murid Islam di sekolah kebangsaan.
STATUS j-QAF DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN
Al-Quran, Jawi dan Fardhu Ain adalah elemen-elemen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekarang hanya memberi kepada murid-murid pengetahuan dan kemahiran asas dalam bacaan al Quran, Fardhu Ain dan Jawi. Kesemua perkara ini masih ada kelemahan dan perlu dimantapkan lagi. Mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi sebagai bahasa tambahan diajar kepada murid tahun satu dengan masa 60 minit seminggu mulai tahun 2003. Kohot pertama sekarang (2008) berada pada tahun empat. la diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada.
MODEL-MODEL DAN AKTIVITI j-QAF
Model-Model dan aktiviti Jawi
Model Kelas Pemulihan Jawib
Model Pengukuhan Jawi
Model-Model dan aktiviti Khatam al-Quran
Model Tasmik
Model 6 Bulan
Model Integrasid.
Model Kelas Khas Al- Quran
Model Bahasa Arab Wajib
Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
Model-model Fardhu Ain. ModelPAFA-KAFAb.
Model Kombinasi j-QAFc. Model Bestari Solat
PELAKSANAAN PROJEK RINTIS
Projek Rintis j-QAF bermaksud pelaksanaan model-model j-QAF secara ujikaji bagi suatu jangkamasa pendek bertujuan menentukan kesesuaian untuk pelaksanaan secara lebih menyeluruh mulai tahun 2005, mengenal pasti masalah-masalah serta cara-cara mengatasinya. Pelaksanaan projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara pada April, Mei, Jun dan Julai 2004, selama tiga bulan (iaitu 12 minggu pengajaran dan pembelajaran) . Semua negeri melaksana projek rintis di dua buah sekolah; satu di bandar dan satu di luar bandar. Hanya murid Islam Tahun 2 sahaja yang terlibat, kecuali Bahasa Arab yang melibatkan murid tahun satu sahaja.
Definisi Ringkas
MODELTASMIK
Model Tasmik ialah satu program merekodkan perkembangan bacaan murid-murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu. Murid akan belajar dan membaca al-Quran dengan guru-guru al-Quran di luar sekolah. Guru-guru tersebut adalah ibu bapa murid sendiri atau guru-guru al-Quran yang dilantik oleh ibu bapa murid.
MODEL 6 BULAN PROJEK RINTIS
Model 6 bulan ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama pada tahun dua hingga tahun lima. Penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu mengunakan Buku Iqra' 1 hingga 6.
PERLUASAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi bermaksud pelaksanaan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi diperluaskan kepada semua beragama Islam.
KELAS PEMULIHAN JAWI
Kelas ini memberi tumpuan membimbing dan memulihkan murid yang belum menguasai asas Jawi dan dilaksanakan oleh guru Pemulihan Khas Pendidikan Islam.BESTARI SOLATModel Bestari Solat adalah aktiviti bimbingan dan amali solat sebagai aktiviti tambahan di sekolah.
UNJURAN PELAKSANAAN j-QAF
NEGERI KELANTAN 2005 – 2010
(*Dipetik daripada Laman Web kementerian Pelajaran Malaysia)