Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Monday, October 19, 2009

Guru akui keberkesanan ‘Head Count’

JELAWAT- Guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat di sini mengakui kecemerlangan yang dica-pai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah berkenaan adalah hasil keberkesanan pelaksanaan ‘Head Count’.
Setiausaha Peningkatan Prestasi UPSR sekolah, Siti Salwani Mohd Nawi berkata, pelaksanaan ‘ Head Count’ memerlukan guru-guru mengenal pasti dan mengkaji setiap masalah murid secara individu.
Beliau yang juga guru Matematik tahun enam berkata, melalui ‘Head Count’, kelemahan murid dalam sesuatu mata pelajaran dapat dikenal pasti seterusnya membolehkan ia diatasi sebaiknya.
“Hasil daripada itu ialah pulangan yang kami perolehi hari ini, selain sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa murid-murid berkenaan.
“Selain itu setiap program yang dilaksanakan akan dibuat penilaian bagi menentukan keberkesanannya, “ katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis penyampaian slip UPSR kepada calon UPSR sekolah berkenaan di sini.
Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Ab Aziz Abdullah.
Siti Salwani berkata, Kelas Pemahaman Konsep iaitu pada sesi persekolahan pagi, Kelas Tambahan Berfokus dilaksanakan pada waktu petang, Kelas Tambah Nilai Penguasaan Kemahiran pada waktu malam yang diadakan banyak membantu guru memperbaiki kelemahan murid-murid.
Sementara itu, Setiausaha Perancangan Strategi, Mohd Arizan Mat Nawi berkata, peranan semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan sesuatu program banyak mempengaruhi kejayaan murid-murid di sekolah berkenaan.
Menurutnya, apa yang dimainkan Unit Perancangan Strategi adalah memperkasakan pelaksanaan strategi jangka panjang yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
“Tahun 2009 termasuk dalam strategi jangka panjang yang dibuat sehingga 2013, di mana perancangan tahun semasa bagi program ini adalah ke arah meningkatkan akademi dan prestasi murid.
“Di sekolah ini juga, murid-murid diberi pendedahan berhubung pembelajaran mereka mengikut tahap kecemerlangan masing-masing, mereka akan bersaing secara sihat untuk mencapai kejayaan masing-masing,” katanya.
Mohd Anizan berkata, penumpuan yang diberikan oleh guru-guru juga berbeza sesuai dengan kebolehan dan kategori murid terlibat.
“Pelaksanaan-pelaksanaan ini semuanya dibentuk melalui ‘Head Count’ yang ternyata amat berkesan kepada murid-murid sebagai mana hasilnya yang diperolehi hari ini,” katanya.
Menurutnya, ‘Head Count’ bagi 2010 juga disiapkan dengan sasaran dan pelaksanaan operasi berdasarkan keputusan ujian akhir tahun.
“Kita juga melancarkan Program 90-100 2010 atau 90 murid mendapat 5A dengan sasaran kelulusan sebanyak 100 peratus, yang dilancarkan bersama ibu bapa Oktober lalu dan akan dimulakan Disember ini, “ katanya.