Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Tuesday, January 19, 2010

Senarai Nama Guru j-QAF dan GPI SKJ 2010

BIL

NAMA

OPSYEN

1

Hj. Mohd Zein bin Mahmad Nor

(j-QAF Ambilan 2006)

Bahasa Arab

2

Pn. Hamidah binti Zakaria

(j-QAF Ambilan 2006)

Pendidikan Islam

3

Pn. Siti Rokiah binti M. Noor

(j-QAF Ambilan 2006)

Pendidikan Islam

4

Pn. Masitah binti Zakaria

(j-QAF Ambilan 2007)

Pendidikan Islam

5

Cik Nur Hafidzah binti Mat Daud

(j-QAF Ambilan 2008)

Bahasa Arab

6

En. Zulkifli bin Daud

(j-QAF Ambilan 2009)

Pendidikan Islam

7

Cik Nor Azliza binti Aling

(j-QAF Ambilan 2009)

Pendidikan Islam

8

Pn. Rohaya binti Ibrahim

Pendidikan Islam

9

Pn. Rohani binti Mohamad

Pendidikan Islam

10

Pn. Rohani binti Awang Hamat

Pendidikan Islam

11

Pn. Hjh. Rahimas binti Hussin

Pendidikan Islam

12

Pn. Hjh. Mariah binti Zakaria

(Bersara – belum ada pengganti)

Pendidikan Islam

13

Pn. Noriah binti Daud

Pendidikan Islam

14

En. Lokman bin Che Ariffin

Pendidikan Islam

15

En. Khairussaleh bin Mohd Noor

Pendidikan Islam

16

En. Ramizi bin Razali

Pendidikan Islam

Friday, January 8, 2010

Kelas pulih murid lembap

Oleh Johari Ibrahim dan Azrina Ahzan bhnews@bharian.com.my

  • Pelajar Tahun Satu gagal ujian khusus diasing
  • Guru terbaik tingkat penguasaan 3M
    PUTRAJAYA: Mulai tahun ini, semua murid Tahun Satu akan menjalani ujian khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (Linus).
    Menerusi ujian itu, murid yang dikenal pasti lembap dalam pembelajaran akan dimasukkan ke kelas pemulihan, manakala yang mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata ditempatkan di kelas pendidikan khas di sekolah sama. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu adalah antara empat inisiatif sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperkukuhkan tahap literasi murid sekolah rendah daripada 87 peratus tahun lalu kepada 90 peratus tahun ini
    Tiga lagi sasaran awal empat sub NKRA ialah meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah, melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi dan merangka insentif berbentuk kewangan serta bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.
  • Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata program Linus akan disokong dengan penempatan guru terbaik untuk mengajar murid Tahun Satu, selain menambah guru pemulihan pada nisbah satu guru bagi 15 murid berbanding satu guru untuk satu sekolah sekarang.

    "Penambahan guru ini akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran menulis, mengira dan membaca," katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga kementeriannya di sini semalam, yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM, TV3, Astro Awani dan Eduweb.
    Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
    Pada majlis sama, Muhyiddin turut menerima sumbangan RM2 juta untuk Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) daripada Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Juniwati Rahmat Hussin.
    Pada sidang medianya, Muhyiddin berkata, program Linus akan dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Kesihatan bagi menguji tahap penglihatan dan pendengaran murid ketika mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah.

    "Program ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan semua murid mampu menguasai 3M dalam tempoh tiga tahun awal persekolahan di sekolah rendah.
    "Walaupun peratusan murid yang gagal menguasai 3M hingga Tahun Enam adalah rendah, kita mesti berusaha membantu mereka kerana mungkin kegagalan itu berpunca daripada keadaan fizikal masing-masing," katanya.
    Muhyiddin turut mengumumkan kajian penilaian terhadap sistem pendidikan negara akan diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) tahun depan.
    Beliau berkata, kajian itu bertujuan mendapatkan pandangan pihak luar mengenai sistem pendidikan negara supaya kerajaan dapat menambah baik segala kelemahan sekiranya ada.
    "Kita perlu mengesahkan dakwaan bahawa sistem pendidikan kita adalah yang terbaik dan Unesco mampu memberikan maklum balas yang diperlukan dengan kerjasama kementerian.
    "Hasil kajian yang bakal dilaksanakan nanti diharap mampu memperkukuhkan lagi sistem pendidikan negara," katanya.
    Sementara itu, Alimuddin ketika dihubungi menjelaskan kaedah pemarkahan akan digunakan dalam ujian bagi murid Tahun Satu untuk menentukan sama ada pelajar berkenaan berupaya meneruskan pembelajaran dalam aliran perdana.
    Beliau berkata, murid yang lembap dalam pembelajaran berdasarkan keputusan ujian berkenaan, akan dimasukkan ke kelas pemulihan di sekolah sama sebelum dimasukkan semula ke aliran perdana.
    "Selagi tidak pulih, murid berkenaan akan terus ditempatkan dalam kelas pemulihan sehingga mampu menguasai 3M.
    "Murid yang mengalami masalah fizikal yang disahkan doktor pula ditempatkan di kelas pendidikan khas untuk meneruskan pembelajaran, juga di sekolah yang sama," katanya.
    Beliau berkata, had maksimum penempatan murid itu dalam kelas pemulihan bergantung kepada keupayaannya menguasai semula 3M berdasarkan ujian yang akan diadakan dari semasa ke semasa.
    Program itu bagaimanapun tidak membabitkan penambahan waktu persekolahan kerana murid berkenaan dipindahkan ke kelas pemulihan atau pendidikan khas dan menjalani pembelajaran seperti rakan lain pada waktu sekolah.

    Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20100108002912/Article/index_html

  • Saturday, January 2, 2010

    Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2010

    Berikut antara foto yang sempat di snap pd hari pendaftaran...
    Guru Besar SKJ menyampaikan taklimat kepada ibu bapa dan murid.
    Kelihatan ibu bapa dan murid yang sedang khusyuk mendengar...
    Ujian Diagnostik Jawi turut diadakan...