Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Monday, October 19, 2009

Guru akui keberkesanan ‘Head Count’

JELAWAT- Guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat di sini mengakui kecemerlangan yang dica-pai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah berkenaan adalah hasil keberkesanan pelaksanaan ‘Head Count’.
Setiausaha Peningkatan Prestasi UPSR sekolah, Siti Salwani Mohd Nawi berkata, pelaksanaan ‘ Head Count’ memerlukan guru-guru mengenal pasti dan mengkaji setiap masalah murid secara individu.
Beliau yang juga guru Matematik tahun enam berkata, melalui ‘Head Count’, kelemahan murid dalam sesuatu mata pelajaran dapat dikenal pasti seterusnya membolehkan ia diatasi sebaiknya.
“Hasil daripada itu ialah pulangan yang kami perolehi hari ini, selain sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa murid-murid berkenaan.
“Selain itu setiap program yang dilaksanakan akan dibuat penilaian bagi menentukan keberkesanannya, “ katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis penyampaian slip UPSR kepada calon UPSR sekolah berkenaan di sini.
Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Ab Aziz Abdullah.
Siti Salwani berkata, Kelas Pemahaman Konsep iaitu pada sesi persekolahan pagi, Kelas Tambahan Berfokus dilaksanakan pada waktu petang, Kelas Tambah Nilai Penguasaan Kemahiran pada waktu malam yang diadakan banyak membantu guru memperbaiki kelemahan murid-murid.
Sementara itu, Setiausaha Perancangan Strategi, Mohd Arizan Mat Nawi berkata, peranan semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan sesuatu program banyak mempengaruhi kejayaan murid-murid di sekolah berkenaan.
Menurutnya, apa yang dimainkan Unit Perancangan Strategi adalah memperkasakan pelaksanaan strategi jangka panjang yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
“Tahun 2009 termasuk dalam strategi jangka panjang yang dibuat sehingga 2013, di mana perancangan tahun semasa bagi program ini adalah ke arah meningkatkan akademi dan prestasi murid.
“Di sekolah ini juga, murid-murid diberi pendedahan berhubung pembelajaran mereka mengikut tahap kecemerlangan masing-masing, mereka akan bersaing secara sihat untuk mencapai kejayaan masing-masing,” katanya.
Mohd Anizan berkata, penumpuan yang diberikan oleh guru-guru juga berbeza sesuai dengan kebolehan dan kategori murid terlibat.
“Pelaksanaan-pelaksanaan ini semuanya dibentuk melalui ‘Head Count’ yang ternyata amat berkesan kepada murid-murid sebagai mana hasilnya yang diperolehi hari ini,” katanya.
Menurutnya, ‘Head Count’ bagi 2010 juga disiapkan dengan sasaran dan pelaksanaan operasi berdasarkan keputusan ujian akhir tahun.
“Kita juga melancarkan Program 90-100 2010 atau 90 murid mendapat 5A dengan sasaran kelulusan sebanyak 100 peratus, yang dilancarkan bersama ibu bapa Oktober lalu dan akan dimulakan Disember ini, “ katanya.

Sunday, October 11, 2009

Majlis 'Eidul Fitri di PPD Bachok

Barisan Guru-Guru Besar dan pengetua-pengetua serta pegawai2 PPD mengambil tempat...
Kelihatan dalam gambar Timbalan Menteri Kewangan; YBRS Dato' Dr. Awang Adek + isteri, Pegawai Pendidikan Daerah, Tn. Hj. Abd. Aziz, serta
Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Tn. Hj. Ghazali bin Ismail~
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan; Tn. hj. Zahari bin Daud~
semuanya ceria~
Pandangan sisi: Guru Besar SKJ; Tn. Hj. Mat Ludin bin Hassan
dan PK Pentadbiran; Tn. Hj. Abd. Rahman bin Idris~
Pegawai j-QAF PPD Bachok, En. Roslaili~
Meriahnya hidangan kami... (Pertandingan hiasan hidangan hari raya antara sekolah. Alhamdulillah...3x... SK Jelawat menduduki tempat ke3~
Yang ni kami namakan Minuman 1 Warga SKJ~
(Perisa/perasa buah-buahan pelbagai yang dicampur... best!)

Wednesday, October 7, 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI 3 2009 Berjaya Dilaksanakan...

Alhamdulillah...
Pada 4, 5 dan 6 Ogos 09' lalu
unit j-QAF SK Jelawat dgn kjasama GPI dan guru2 KAFA telah bjaya melaksanakan KBS SIRI 3 2009... Murid-murid terdiri dari Tahun 1, 2, 3 dan 4 didedahkan pelbagai ilmu teori dan praktikal khasnya dalam aspek wudhu' dan solat...
Adik Nur Imani dan Adik Haikal... :) dari 1 Iswara
Antara Hasil kerja murid... Thn 1 Iswara...
Adik Asyraf dan Adik Zulhelmi tersenyum riang :)
Adik Muhamad Faireez Shah... Menunjukkan demo praktikal perlakuan solat...
Amali Perlakuan dan Bacaan Dalam Solat di Musalla SK Jelawat... ;)