Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Monday, February 22, 2010

UBB 1 2010

Ujian Bulanan bermula pada hari ini dan akan berakhir pada Hari rabu, 24 Februari 2010. Alhamdulillah, untuk setakat ini segalanya berjalan dengan baik. Semoga puter-puteri SKJ terus melangkah ke hadapan mencari sebuah kejayaan gemilang. insyaAllah~

Salam Perpisahan~

سلام وداع
SK Jelawat bakal kehilangan tiga orang guru. Esok (22/02/2010) merupakan pagi terakhir kepada Cikgu Arizan bin Mat Nawi dan Cikgu Wan Azhan bin Wan Ibrahim untuk berada di tapak ilmu SK Jelawat. Manakala pada keesokan harinya (23/02/2010), Penolong Kanan Kokurikulum; En. Rosli bin Awang sebagaimana mereka akan meninggalkan bumi SKJ... Demikianlah. Kehadiran insan-insan dalam kehidupan kita tidak akan kekal lama. Peretmuan itu sekejap cuma. Pastinya ada jua perpisahan samada dipisahkan jarak ataupun kematian. Subhanallah... Maha suci Allah yang mengaturkan segalanya~

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Tahniah kepada Cikgu Arizan dan Cikgu Wan Azhan atas kenaikan pangkat mereka. Cikgu Arizan bakal menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Sri Chiku 1, Gua Musang. Manakala Cikgu Wan Azhan bakal menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di SK Perasu, Gua Musang. Tahniah buat kalian. Manakala kepada En. Rosli bin Awang, diucapkan selamat bertugas di sekolah baru iaitu di sekolah lama beliau; SK Chantum. Beliau yang mula berkhidmat di SKJ pada Februari 2009 bakal meninggalkan SKJ pada Februari 2010.
Mudah-mudahan mereka terus sukses. Kami di SKJ senantiasa mendoakan yang terbaik buat kalian. Terima kasih atas sumbangan dan pertolongan sepanjang di SKJ. Salam kemaafan jua dari kami. Selamat berkhidmat di tempat baru. Semoga terus mengayuh sampan kehidupan ini dengan cekal demi melahirkan anak-anak didik yang cemerlang di dunia dan akhirat... InsyaAllah!