Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Wednesday, December 30, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah!

:) Counting days...
Selamat kembali ke medan ilmu... medan juang putera dan puteri generasi cemerlang...

Sunday, December 20, 2009

MENDIDIK ANAK: Pendidik Bukan Sekadar Memberi Ilmu Sahaja

Islam telah memerintahkan Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan mendidik anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah. Secara tidak langsung para ibu bapa membimbing dan memperhatikan anak-anak mereka supaya tidak kehilangan jejak dan tersesat dalam keragu-raguan dan kecurigaan. Pendidikan adalah wajib bagi setiap umat Islam samada lelaki mahupun wanita. Masyarakat yang terdiri daripada orang-orang berilmu dan berpendidikan adalah yang terbaik dianrata yang lain. Tetapi kenapakah masyarakat hari ini kucar kacir walaupun ramai golongan intelek dan berilmu pengetahuan ?. Perlulah diketahui bahawa pendidik yang ada pada hari ini, banyak melahirkan generasi yang tidak bermoral dan rosak akhlaknya. Rata-rata pendidikan sekular tidak dapat membentuk seseorang agar menjadi seorang yang berguna ditengah masyarakat dan bertaqwa kepada tuhannya. Malah mereka dicanangkan untuk mendapatkan jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan setelah tamat pelajaran.

Dalam kebangkitan Islam yang melanda seluruh dunia kini, ramai ibu bapa yang mula sedar akan pentingnya pendidikan Islam. Mereka mahukan anak-anak mereka dididik secara Islam sejak dari kecil lagi. Mulalah mereka menghantar anak-anak memasuki tadika Islam untuk dilatih dan dididik secara Islam. Ini kerana sebahagian besar daripada ibu bapa itu lemah pengetahuan dan amalan Islam dan tidak mampu mendidik anak-anak sendiri secara yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Sekiranya diri mereka jahil dengan ilmu Islam dan corak hidup secara Islam, namun anak-anak janganlah dibiarkan jahil dan sesat juga. Kasihan pada anak-anak yang masih putih bersih itu terpaksa dicorakkan dengan satu sistem yang kotor dan tidak bermakna.

Di dalam hal ini, tidak syak lagi bahawa guru-guru mempunyai peranan yang besar di dalam membentuk peribadi kanak-kanak. Mereka merupakan sumber ilmu pengetahuan, contoh ikutan dan punca kanak-kanak mengetahui betul atau salah dan baik buruknya sesuatu perkara. Berapa ramai kanak-kanak yang berjaya membentuk peribadinya dengan pengaruh guru. Disamping itu juga, berapa ramai kanak-kanak yang benci kepada guru dan ilmu yang tertentu yang disebabkan guru. Pengaruh guru dan pendidik itu bukan hanya dapat dilihat di alam lapangan ilmu pengetahuan muridnya, tetapi juga dapat dilihat di dalam tingkah laku dan peribadi mereka yang dicontohi dan ditiru daripadanya. Tugas guru bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan, malah membentuk peribadi kanak-kanak supaya menjadi manusia yang berjiwa bersih dan berguna di dunia dan di akhirat kelak.

Tugas mendidik kanak-kanak, sukar untuk dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa keras dan kasar, tetapi perlu jiwa yang halus dan lembut. Kebiasaannya mendidik anak-anak lebih berkesan dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya diperingkat tadika. Guru yang lemah lembut, penyayang, berdisiplin dapat mencorak bukan sahaja peribadi kanak-kanak, malah peribadi ibubapa kanak-kanak tersebut. Ibubapa yang jahil apabila anak-anaknya berakhlak akan membuatkan hati mereka tertarik dengan didikan yang diberikan oleh guru tersebut. Lantas mereka secara tidak langsung akan terpengaruh dengan didikan dan tarbiyah secara tidak langsung dari anak-anaknya. Mereka menyedari hanya Islam saja yang dapat membentuk hidup bahagia dan sempurna. Anak-anak dapat dilatih dan dididik agar berakhlak serta patuh kepada orang tua.

Misalnya seorang kanak-kanak yang telah dilatih di Tadika Islam, di sana mereka diajar sembahyang , puasa, tutup aurat dan sebagainya. Apabila pulang ke rumah di dapati ibu bapanya tidak sembahyang, lalu ditanya kepada ibu bapanya mengapa tidak sembahyang, sedangkan sembahyang itu wajib. Maka dengan sendirinya ibubapa akan sedar akan kejahilan meraka selama ini. Sedangkan anak mereka bersungguh-sungguh melaksanakan sembahyang lima waktu sehari semalam. Meraka akan rasa terpukul kerana jika seorang budak boleh metaati perintah Allah, kenapa pula mereka selaku orang tua tidak sanggup melaksanakannya.

Di dalam masyarakat kita pada hari ini, ramai pendidik yang tidak berjaya dalam mendidik anak-anak muridnya kerana tugas mendidik itu tidak dijiwai dan dihayati sungguh-sungguh kerana Allah. Mereka hanya memikirkan soal gaji semata-mata kerana sudah tidak ada kerja lain yang hendak dilakukan selain daripada mengajar. Sebab itulah orang yang terdahulu amat mengambil berat tentang sikap dan peribadi guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Pernah utbah bin Abi Sufyan berkata kepada guru anaknya: "Jadikanlah perbaikan ke atas anakku perbaikan keatasmu juga. Kerana mata mereka akan berpusat kematamu, dan bagaimana naiknya pandangan mereka akan menjadi kebaikan yang kamu lihat. Dan kejelekan yang akan mereka lihat adalah kejelekan yang kamu lihat juga."

Disiplin perlu ditekankan semasa mendidik kanak-kanak supaya mereka mempunyai tatacara dan kelakuan yang baik dan hal itu perlulah diberikan penekanan sejak dari kecilnya lagi. Para hukama berkata: "Pendidikan anak pada peringkat kecilnya adalah seperti lorekan pada batu." Di dalam hal ini para ibu bapa harus menelti sekolah mana yang harus diserahkan anak-anak untuk dididik jiwanya. Seorang guru yang berilmu dan berjiwa Islam dan bertakwa akan dapat membentuk anak-anak kita ke jalan yang benar dan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Dipetik dari: http://unity99.tripod.com/taz3.html

Saturday, December 12, 2009

Perisian baru dalam blog kami.

Assalamualaikum warahmatullah...
Pertamanya, diucapkan selamat bercuti kepada semua para pendidik di luar sana..., tidak kira di mana kalian berada, diharapkan tautan hati antara pendidik tetap utuh bersama :) Selamat menghabiskan hari-hari cuti yang bakal pergi... Tidak sampai 3 minggu lagi kita akan berada di medan ilmu nun di sekolah bagi mencurahkan ilmu dan mendidik jiwa anak-anak kecil di sana... di mana?! -di sekolah kita lah. :) -
Rindukah pada anak-anak kecil itu...? atau perasaan yang bagaimanakah jauh di lubuk hati kalian? Mudah-mudahan demikianlah. Sudah lama mereka tidak bersama kita; bermakna sudah lama jugalah mereka menghabiskan hari-hari mereka di rumah bersama keluarga dengan aktiviti tersendiri. Jika elok pemerhatian dan kendalian ibu bapa menguruskan anak-anak mereka, alhamdulillah... Tapi bagaimana dengan mereka yang jauh dari keadaan sedemikian?...
Tidak usah lah kami berceloteh panjang di sini kan... :) Cuma hendak kami maklumkan bahawa di laman hadiqatulj-qafskj ini mula memuatkan beberapa bahan yang telah dikumpulkan (*insyaAllah akan dimuatkan apa-apa bahan yang belum kami upload lagi) untuk kita manfaatkan sepanjang pengurusan p n p di sekolah. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita manfaatkan.
Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan blogger lain yang pastinya banyak membantu pengisian blog kami yang masih bertatih ini. Terima kasih atas info-info yang dimuatkan, bahan-bahan yang disediakan... Segalanya kami manfaatkan dan mengumpulkannya di sini untuk rujukan bersama. Terima kasih kepada rakan bolgger lain (terutamanya guru-guru j-QAF dari seluruh pelusok negara kita yang 1 Malaysia ni... :) Thanks ye! Jazaakumullah khaira... Sama-samalah kita berusaha untuk kemantapan j-QAF semalaya! Aiwaaah... (^_^)
Di halaman blog yang tak seberapa ini, andai boleh hendak kami list kan semua blog rakan j-Qaf dan yang berkaitan dengan isu j-QAF (KPM, PPD, JPN, etc...) agar maklumat yang pelbagai dapat kita kongsikan semaksima mungkin.
Rakan-rakan j-QAF / guru-guru / siapa-siapa yang sudi menziarahi blog kami, yang sedang membaca entry ini..., diucapkan terima kasih. Sokongan kalian diharaplkan selalu. Sudilah juga kiranya kalian tinggalkan link blog j-QAF/halaman berkaitan j-QAF / P n P / komen, cadangan, maklumat, dialu-alukan unruk dikongsikan bersama... di kotak pesanan kami di sebelah ni -------->
(ada kan? Atau shout box tu kat atas? hehhehe... :) ) InsyaAllah dengan kesudian kalian, sama-sama kita membangkitkan keberkesanan dan kemantapan program j-QAF di sekolah masing-masing. InsyaAllah...3x... :) Syukran...
~ Semoga Allah memberkati usaha kita...~
Wassalam... Wa barakallah fiikum... Allahumma Aaamiin...

Friday, December 11, 2009

Kalendar Persekolahan Tahun 2010

::Anda boleh rujuk di sini ::
You can refer here:: ------> http://www.moe.gov.my/?id=19〈=my
Kumpulan A
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan03.01.201031.01.201021
Hari Persekolahan01.02.201028.02.201020
Hari Persekolahan01.03.201011.03.20109
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201020.03.20109
Hari Persekolahan21.03.201031.03.20109
Hari Persekolahan01.04.201029.04.201021
Hari Persekolahan02.05.201031.05.201022
Hari Persekolahan01.06.201003.06.20103
Cuti Pertengahan Tahun04.06.201019.06.201016
IIHari Persekolahan20.06.201030.06.20109
Hari Persekolahan01.07.201029.07.201021
Hari Persekolahan01.08.201031.08.201023
Hari Persekolahan01.09.201002.09.20102
Cuti Pertengahan Tahun03.09.201011.09.20109
Hari Persekolahan12.09.201030.09.201015
Hari Persekolahan03.10.201031.10.201021
Hari Persekolahan01.11.201018.11.201014
Cuti Akhir Tahun19.11.201001.01.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78
Kumpulan B
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan04.01.201029.01.201020
Hari Persekolahan01.02.201026.02.201020
Hari Persekolahan01.03.201012.03.201010
Cuti Pertengahan Penggal13.03.201021.03.20109
Hari Persekolahan22.03.201031.03.20108
Hari Persekolahan01.04.201030.04.201022
Hari Persekolahan03.05.201031.05.201021
Hari Persekolahan01.06.201004.06.20104
II Cuti Pertengahan Tahun05.06.201020.06.201016
Hari Persekolahan21.06.201030.06.20108
Hari Persekolahan01.07.201030.07.201022
Hari Persekolahan02.08.201031.08.201022
Hari Persekolahan01.09.201003.09.20103
Cuti Pertengahan Penggal04.09.201012.09.20109
Hari Persekolahan13.09.201030.09.201014
Hari Persekolahan01.10.201029.10.201021
Hari Persekolahan01.11.201019.11.201015
Cuti Akhir Tahun20.11.201002.01.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78
Kumpulan AKumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Friday, November 20, 2009

"SK Jelawat Juara UPSR PPD Bachok"

Alhamdulillah...
Akhirnya keputusan UPSR 2009 yang ditunggu tiba jua. Bilangan murid mendapat A untuk kesemua matapelajaran yang diambil dan peratus kelulusan am meningkat. Alhamdulillah, Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t.
Seramai 47 orang murid SK Jelawat berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang lalu. Alhamdulillah..3x..
Semoga 2010 yang bakal menjengah memberi sinar miftah kejayaan baru kepada sekolah. Mudahan-mudahan demikianlah insyaAllah... TAHNIAH untuk murid-murid yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, insyaAllah perjalanan hidupmu masih panjang... UPSR bukanlah destinasi terakhir kalian! Berusahalah untuk mengecap kejayaan yang manis~ Semoga berjaya dunia, berjaya akhirat...
Allahumma Ameen....~

Iklankan Islam dalam Emosi dan Jasmani

Tajdid Iman: Oleh Dr Juanda Jaya Juanda@msu.edu.my
GURU mendidik anak untuk jadi bijak, sehingga mereka menemukan jalan terang. Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat MATA yang suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang.
Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk. Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu, suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya.
Itulah mata jahat yang bersatu dengan hati busuk. Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu umpama malaikat. Semua baik, tidak ada cacat dan celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan keburukan yang dilihat melalui mata zahir maka manusia terus mencari jalan tengah supaya dia dapat membuat penyesuaian dengan persekitaran secara selamat. Sikap terbaik ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah ambil manfaat daripada kebaikannya saja, usah peduli dengan aib orang itu dan berhati-hati supaya diri tidak dimanipulasi. Namun begitu kita berasa diri diperhati tanpa mahu mengaku bahawa kita juga suka memerhati orang lain.
Sebenarnya sikap suka memerhati ini boleh memberi kesan positif dalam diri iaitu dengan syarat, perhatian itu hanya kepada mutiara kebaikan saja. Adapun keburukan orang lain, cukuplah dijadikan sempadan tanpa disertai celaan kepada orang itu kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Jika setiap orang mengenal dirinya sendiri dengan sedalam-dalamnya nescaya tiada seorangpun tergamak menghina keaiban orang lain kerana dia masih melihat kelemahan yang banyak dalam dirinya sendiri. Alangkah eloknya jika kita menumpukan perhatian kepada kelebihan dianugerahkan Allah kepada orang lain untuk mengambil faedah daripadanya.
Antara manfaatnya ialah:
Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.
- Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.
Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud:
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.”
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)
Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya. Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata:
“Alangkah baiknya agamaku, amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya! Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung berbanding diriku!”
Menyuntik semangat berlumba-lumba ke arah kebaikan.
- Orang yang suka memerhati potensi saudaranya tidak seharusnya melahirkan rasa dengki, cemburu dan iri hati. Hanya orang yang berjaya saja yang boleh menjadikan kehebatan potensi orang lain sebagai inspirasi dan penyuntik semangat untuk lebih berjaya. Al-Quran menyindir perangai orang yang suka mendengki terhadap kehebatan orang lain seperti Rasulullah SAW pernah menjadi mangsa kedengkian mereka. Firman Allah yang bermaksud:
“Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sesuatu kebaikan daripada Tuhanmu. Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah jugalah yang mempunyai kurnia yang amat besar.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 105)
Ayat itu memberi amaran kepada diri kita yang mungkin sedikit sebanyak menyimpan dengki. Betapa seseorang itu menjadi hamba yang membangkang atas keputusan Allah memilih orang lain untuk diberi anugerah. Maka pandanglah dengan hati kerana pandangan mata itu selalunya gelap tidak mampu melihat hakikat, sedangkan hati yang suci suka memandang dengan pandangan Tuhannya. Apa yang baik menurut Allah itulah yang baik baginya dan sebaliknya.
Sumber inspirasi, muhasabah diri.
- Sesiapapun boleh menjadi sumber inspirasi. Jangan pedulikan keburukan orang di sekitar kita dan terus perhatikan kebaikan mereka. Suami boleh menjadi cermin kepada isteri tanpa menafikan kelemahannya. Ibu menjadi cahaya bagi anaknya walaupun dirinya tidak berpelajaran tapi jiwanya cukup arif membahagi cinta. Guru menjadi penyelamat anak yang bodoh, lembap dan bingung sehingga mereka menemukan jalan terang walaupun guru juga memiliki kekurangan peribadi tetapi jangan dinafikan merekalah sebenarnya paling berpengaruh mewujudkan cita-cita setiap insan.
Siapapun yang berjasa, berbuat baik dan berjaya mereka tidak terlepas daripada cacat cela. Tetapi untuk apa mempersoalkan yang negatif jika yang positif itu mampu menghapus yang negatif? Tiada insan sempurna, berilah peluang kepada siapapun di sekitar kita untuk menjadi sumber inspirasi dalam hidup. Jika kita sudah mengambil manfaat daripada kelebihan orang lain, bagaimana pula menjadikan keburukan dan aib mereka sebagai sempadan?
Seorang Muslim bukanlah mereka yang memilih untuk diam apabila melihat kemungkaran berlaku di sekeliling mereka. Mereka bukan orang yang penakut, takut menyatakan yang salah itu salah dan yang benar itulah hakikatnya. Mereka tidak takut menyuarakan jalan inilah yang Allah reda dan jalan itu sebaliknya.
Seorang Muslim berkewajipan memandang, menilai dan menasihati saudaranya jika berbuat silap seperti tuntutan agama yang mahu amar makruf dan nahi munkar ditegakkan. Apabila melihat aib orang lain, berusaha membantu diri sendiri kemudian orang lain ke arah kebaikan.
Langkah pertama ialah pastikan diri kita sudah berada di jalan yang benar, lurus dan diredai Allah kemudian barulah kita boleh menuntun tangan saudara kita ke sana. Apa yang disampaikan mestilah diamalkan terlebih dulu. Lidah, hati dan amal perbuatan mesti selari, sehati dan sejiwa langsung tiada unsur munafik.
Prinsip amar makruf nahi munkar yang betul ialah buat dulu kemudian suruh orang lain. Allah amat membenci perangai orang yang cakap tidak serupa amal ini melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.”
(Surah al-Shaff, ayat 2-3)
Ada pula yang bermulut manis dan menyatakan pujian di hadapan saudaranya tapi di belakang mengata lain, bermuka-muka dan menikam dari belakang. Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu melihat orang yang suka memuji (mengampu) di hadapan kamu, maka taburkanlah debu tanah di mukanya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebaik-baiknya setiap Muslim berhati-hati dengan pemuji yang melampau ini kerana mereka akan mencela dengan melampau juga. Menggunakan ayat penuh rahmat bukan ayat kesat dan menyimpan emosi negatif.
Mengapa nasihat yang kita beri kepada isteri, anak dan saudara kita tidak berjaya?
Puncanya kerana tiada hubungan kasih sayang kerana Allah. Kaedah dan cara menasihat pun tidak mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Di samping itu, faktor emosi yang susah dikawal sehingga melahirkan nasihat berunsur kemarahan, kritikan pedas dan sindiran tajam menjadi penghalang keikhlasan dalam memberi nasihat.
Nyata begitu susahnya bergaul dengan manusia di sekeliling kita. Bukan hanya kesabaran dituntut tetapi keberanian untuk merasai sakit juga diperlukan dalam menjalinkan persaudaraan. Mungkin itulah sebabnya mengapa ramai memilih menyendiri dan tidak pedulikan orang lain. Tetapi sampai bila kita boleh bertahan? Pastinya yang terbaik ialah mencari kekuatan diri dalam persaudaraan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar atas gangguan mereka.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Wednesday, November 11, 2009

Catitan dan Rakaman P & P Bahasa Arab SK Jelawat

Rakaman video "Nuhibbu allughah 'arabiyah versi wonder pets Murid Tahun 1 SaGa
'Nuhibbu Allughah 'aRAbiah Wonder pets version ini sengaja diada-adakan... :) Tujuan...? Pastinya untuk menarik minat murid2 cilik yg sgt menggemari rancangan Wonder Pets yang bersiaran di stesyen televisyen TV9...:)
Untuk pengetahuan..., rakaman ni adalah secara spontan dirakam selepas guru mereka yang merekacipta lagu ini juga secara spontan dan terus memperkenalkan lagu ni... Tak sangka sangat, sekali sahaja diperkenalkan.., mrk cepat menghafaz lagu simple ni... Tapi dalam rakaman ni ada la sebutan yang agak kurang tepat... Maklum lah ni 1st nyanyian... Tambahan pula dinyanyikan murid-murid tahun 1.. Apapun Alhamdulillah.. kan :) Buat masa sekarang... certain kelas memulakan pembelajaran dengan lagu ini sebelum p n p bermula...
Allughah... Allughah... 'Arabiah... Nuhibbuha... Nuhibbuha... Kasiiratan...Nahnu Nadrusu wa Nahnu Nastami'... Iza najtahid fanahnu nanjah... Yeay...! Allughah 'Arabiyah Yeay!!!
Versi Asal: Wonder pets Wonder pets... Wonder pets... Kami Datang... Membantu rakan yang kesusahan...Kami tak besar dan kami tak kuat...bila bekerjasama kami jadi gagah...Yeay...! Wonder pets yeay!!!!
Rasanya kanak2 sume tau lagu ni kan...
"Apa yg penting? KERJAAAAASAMA..." - Wonder Pets
tengok ni... :)
Ini pula Rakaman video Dikir Barat "Ana tiLmiz"
dgn rentak dikir ~eh wau bulan~
Murid 1 Iswara... (Topik ni dah lama dipelajari... cuma baru diupload kt cni)
Nampaknya murid2 belum hafaz senikata lagu nasyid ni... Sengaja je nak bg murid2 seronok kita biarkan diorang buat show kat dpn kelas... :) semangat betul... Walaupun diorang asyik mengulang ayat sama aje.. hehe.. :) Asyik2 ngan ana tilmiz... ana tilmizah... ana tilmizah... ana timiizah... cikgunya pun dah tak tertahan rasa nk tergelak.. :D tP seronok sgt bila tgk murid2 rasa seronok...
Haa... Ini rakaman video murid2 Tahun 2 Saga... Ni Topik ma Ajmala almalaabis... Ni musim H1N1 ni... :) Tu yg ber'mask tu.. tp mereka setia bersemangat... chayyok!
Murid2 2 Saga sgt enjoy belajar tajuk "ma ajmala almalaabis ni...
(رَمَادِيٌّ، بُرْتُقَالِيٌّ، وَرْدِيٌّ، بَنَفْسَجِيٌّ...)
Aktiviti pun sgt menyeronokkan... Antaranya mereka belajar membuat origami baju (Qamiisun) kemudiannya diwarnakan dgn warna2 yg dipelajari... mmg best! ;)
Ini pula aksi murid2 1 iswara~

Sunday, November 8, 2009

KEJORA!

“Mama... Ayah..., Betulkah keputusan yang Deeja buat ni? Deeja rasa seakan tak mampu lalui hari mendatang. Deeja ragu, mama. Deeja takut, ayah... Hati Deeja berserabut! Deeja tak tenang! Deeja takut kalau-kalau Deeja salah membuat pilihan. Deeja takut untuk berhenti di destinasi yang salah.”

Kuperhatikan reaksi mama dan papa. Mama nampak risau. Demikian juga papa. Arghhh!!! Maafkan aku...

“Anak mama dan papa ni mesti kuat ya sayang... Jangan sesekali Deeja berserah sebelum mula berjuang. Andai jatuh, Deeja masih boleh bangkit untuk terus berusaha. Hidup tak selalunya mudah. Deeja mesti tempuh warna-warni kehidupan. Percayalah, pilihan Deeja ini adalah terbaik. Istikharahmu yang membawamu ke sini nak...” Tenang mama berbicara. Papa mengangguk.

***************************************************

Jam berdetik. Waktu terus berlari. Sunyi malam menemaniku. Seakan ada sesuatu yang menyebabkan aku kerap kali terjaga dari lena tatkala jarum jam menunjukkan 3.30 pagi. Aku bingkas bangun dan berwudhuk.

Alunan irama dari sang cengkerik tidak putus-putus. Sang cengkerik tetap menyanyi. Namun semakin lama, bunyi irama itu semakin menghilang. Senyap. Suasana rumah sewaku sepi pada malam itu. Bagai tiada penghuni. Damai. Tenang. Tiada hingar menjengah. Maklumlah, masing-masing penat memerah otak dan tenaga di siang hari. Pulang dari sekolah, tugas tidak terhenti setakat itu sahaja. Buku Rancangan Pengajaran Harian diisi dengan penuh hemah dan teliti. Kreativiti semaksimanya dijadikan sumber menghasilkan Bahan Bantu Mengajar yang menyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Idea diperah, tenaga dikerah untuk menganjurkan dan menguruskan sesebuah aktiviti mahupun acara. Rela bersengkang mata, rela berpenat lelah. Segalanya demi masa depan para pelajar yang sangat disayangi. Sebagai guru pelatih, aku mengambil peluang dalam mempelajari pelbagai teori dan gerak kerja dalam ilmu pendidikan. Letih??? Penat??? Bosan??? Leceh??? Itu bukan persoalan! Guru itu murabbi. Guru itu mu’addib. Lantaran itu, berkorbanlah! Aku bahagia begini… Bahagia untuk terus di arena keguruan. Sesungguhnya pengorbanan adalah suatu yang tiada ternilai.

Buat kesekian kalinya, aku berada di hamparan tikar sembahyang. Meluangkan secebis ruang waktu bertahajjud padaNya. Berserah diri memohon mendamba keeampunan. Dialah Al Khaliq; Allah nan Esa. Dia terlalu aku rindui. Bukankah Allah itu dekat dengan hambaNya ketika mereka bersujud?

“Ya Allah… Betapa kerdilnya diriku ini di sisiMu Rabbi… Betapa beratnya beban amanah yang Kau sandarkan ke bahuku ini… Wahai Tuhan yang Maha Mengerti lagi Maha Mengasihi…, tunjukkanlah jalanMu kepadaku dalam mendidik pelajar-pelajarku; putera dan puteri sekaliannya. Sesungguhnya Engkaulah tempat pergantunganku…”

Alhamdulillah... Kini aku berbangga dengan keputusanku memilih bidang pendidikan ini. Syukurku tiada terhingga!

Seketika aku bermuhasabah diri sendirian di penjuru waktu. Kuhayati lirik nasyid “Rintihan” oleh alunan Hijjaz… Air mata membasah pipiku. Syahdu hati ini.

Biar berlinangan airmata Ku takkan hentikannya Biarkan ia menyembuh luka Hilanglah rasa duka Tidak ku termampu merentasi liku-liku Oh tidak aku mampu

menghadapi semua itu Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan Bisa meleraikan iman Kan hancur semuanya

Walau menitis airmata darah Tak bisa merubah segalanya Melainkan taubat nasuha Moga kan diterima

Namun ku percaya Masih ada kesudahannya Kerana allah itu Maha kaya maha mendengar Rintihan hamba-hambanya

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya Pasti akan ada Jalan keluarnya Rezeki yang tidak disangka-sangka Cukup allah baginya Berkuasa segala-galanya Terima seadanya…

Kedengaran sayup-sayup suara Azan Subuh berkumandang dari masjid berdekatan. Aku yang masih bertelekung sembahyang bergegas menghampiri rakan-rakan serumah. Mengejutkan mereka dari terus dibuai mimpi indah.

**************************************************

Hari ini hari minggu. Hari minggu pertama aku di Sekolah Menengah Kirana (2) sebagai guru pelatih. Kak Syu, Kak Mila dan Kak Efah masing-masing pulang ke kampung halaman. Masing-masing merindui orang-orang tersayang. Bayangkanlah, mereka terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak… Jarang sekali dapat bersama! Lainlah aku yang masih membujang. Tinggallah aku terkontang-kanting keseorangan di rumah papan beratap zink ini. Kak Syu, Kak Mila dan Kak Efah tentunya mempunyai rutin dan tugas yang lebih berat. Namun, kecekalan hati mereka yang berjiwa pendidik ini tidak pernah merasakan ujian ini sebagai bebanan hidup. Bahkan inilah ujian. Jihad untukNya! Sikap ini ingin aku contohi. Sebagaimana kata Kak Mila, “Jauh itu pembangkit kerinduan! Singkatnya waktu bersama mencambahkan bibit-bibit kasih!”

Hati bergelodak mahu pulang. Rindukan mama dan papa. Teringatkan usikan manja Abang Long dan Kak Ngah. Juga tak lupa, aku begitu merindui gelak tawa anak-anak saudaraku! Mak Su rinduimu sayang! Jerit hatiku. Ahh… Kehendak untuk bersama keluarga pada waktu ini perlu aku bataskan. Aku ditugaskan untuk mengganti ketiadaan warden Aspuri yang turut balik kampung bagi menguruskan dan menghadiri kenduri perkahwinan adik bongsunya. “Redha aje lah…!” Bentak hati ini sambil menyulamkan sebuah senyuman.

Aku yang baru seminggu ditugaskan sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kirana (2) ini masih belum sempat mengenali para pelajar. Setakat ini, aku baru sahaja berpeluang memasuki tiga kelas dari Tingkatan 1, empat kelas dari tingkatan 2, dan sekelas dari Tingkatan 3. Aku ditaklifkan untuk mengajar Matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi. Aku belumpun mengenali nama dan rupa kesemua pelajarku. Manakala mereka yang sudah berkesempatan mengenaliku, pantang sahaja melihat aku lalu di hadapan kelas, bersorak riuh seluruh isi kelas mengalukan kedatanganku. Kata mereka, aku bagaikan kawan. Bagai rakan yang boleh dikongsi cerita. Bagai sang pendengar setia. Bagai pengubat sunyi jiwa. Bagai penyuluh laluan ilmu. Bagai pendorong mengenali agama! Terharu aku dalam diamku.

Namun… Tidakku nafikan segelintirnya seakan tidak suka kehadiranku. Seakan bosan mendengar patah bicaraku. Aku akur. Terima. Inilah masam manis sebagai seorang guru.

Langit memerah. Itu tandanya Maghrib sedang mengetuk pintu waktu. Aku yang baru tiba di pekarangan sekolah memerhatikan gerak langkah putera-putera yang berbaju melayu, berkain pelikat menuju ke masjid sekolah; Masjid Islah. Ada juga yang berjubah serba putih, berketayap dan berserban. Tenang menyaksikan putera-putera SM Kirana (2) sebegini. “Alhamdulillah…” Itulah bisikan hatiku.

Perodua Kenari putihku kemudiannya menyusur memasuki laman Aspuri. Sebagaimana tenangnya hatiku melihatkan pelajar-pelajar putera, demikianlah tenangku melihatkan puteri.

Alangkah indahnya erti hidupku sebagai guru andai putera-puteri ini bisa memahami erti perjalanan hidup yang tiada abadi ini… Alangkah indahnya erti hidupku sebagai seorang guru andai putera puteri ini dapat mengikhlaskan diri mendidik hati mendekati Rabbul Izzati dalam setiap hela nafas… Alangkah indahnya erti hidupku andai putera-puteri ini dapat menjaga perilaku dan peribadi… Mengikut jejak langkah Sayyidul Ummah Muhammad s.a.w, para sahabat dan sahabiah… Aku bermonolog sendiri. Adakah impian ini hanyalah impian dan igauan mimpi? Tidak mungkinkan terealisasi?... Apa yang aku perhatikan, mereka masih jauh untuk ke destinasi mahmudah itu! Ramai yang ponteng! Ramai yang tidak mematuhi etika berpakaian! Ramai yang bebas bersosial! Ramai yang mengetepikan adab sopan! Astaghfirullahal’azim…

Ya Allah… Kuatkanlah aku duhai Tuhan! Pimpiniku agar dapat pula aku memimpin putera-puteriku ke jalan yang Kau redhai… Sekurang-kurangnya, sebelum aku menamatkan tempoh praktikum, izinkan aku meninggalkan mereka secalit rasa ke dalam hati untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Tuhanku…, hanya padaMu aku berharap.

Di Masjid Al Ihsan, putera-puteri berkumpul. Bersedia untuk solat berjemaah. Manakala puteri yang ma’zurah, mereka juga dikehendaki mengosongkan dorm dan dipastikan untuk berada di beranda masjid agar nanti mereka lebih terjaga. Hati lebih dekat dengan Allah. Jiwa lebih tenang tatkala mendengar butir bicara tazkirah yang terlafaz oleh guru-guru bertugas mahupun jawatankuasa asrama.

Malam ini, kelihatannya Ustaz Wajdi dan Cikgu Yusri sedang mundar-mandir di atas masjid. Selain mereka berdua, aku turut bertanggungjawab bersama-sama mereka. Selesai solat, Ustaz Wajdi menyampaikan tazkirah nasihatnya. Segelintir sahaja pelajar yang sedang tekun mendengar. Ada yang sendang berbual kosong sesama sendiri. Tidak kira putera mahupun puteri. Bising! Aku yang yang berada di bahagian solat pelajar puteri jelas dapat menangkap suara-suara nakal pelajar putera yang sedang bergelak tawa.

Geram! Inikan Baitullah? Mana rasa hormat hamba pada Al KhaliQ? Mana sikap hormat pelajar kepada guru? Bukan lagakku hendakkan guru dihormati, tapi itukan suruhan junjungan Muhammad??? Itukan nilai murni perlu dipraktik ummah? Aku tidak nampak pelajar putera tatkala ini. Terbatas dengan tabir biru itu. Tabir pemisah antara putera dan puteri. Yang jelas, suara-suara mereka yang menyinggah cuping telingaku. Manakala puteri-puteri yang belum menyedari kehadiranku bersama pada malam itu, masih ada yang berkelakuan kurang manis. Aku berpaling ke belakang saf. Sudah kosong. Rongak. Tinggal hanya beberapa pelajar yang khusyuk meneliti patah demi patah bicara guru. Ada halaqah-halaqah kecil di bahagian belakang masjid. Bukan halaqah membentang tazkirah! Halaqah perbualan duniawi semata! Tidakkah mereka tahu bahawa Rasulullah s.a.w sekeras-kerasnya melarang ummatnya menyentuh ehwal duniawi di rumah Allah? Aku bingkas bangun. Hatiku mahu menyinga. Tapi kesabaranku memujuk.

Discussion pasal apa ni? Cikgu kan tengah bagi tazkirah tu. Bukankah lagi afdhal kalau kita dengar sama-sama. Tangguhkan dulu bicara duniawi.” Nasihatku penuh hemah. Seorang bangun. “Eh, kau peduli apa hah? Kau ingat kau tu sapa, anak raja? Kalaupun anak raja, peduli apa aku? Wekkkk! Berlagak mengalahkan segala manusia! Penyibuk! Pergi duduk lah! Jangan ambil tahu hal orang! Go!” Teriak seorang pelajar puteri. Melalak merah matanya. Aku pasti dia tidak mengenaliku sebagai seorang guru kerana aku tidak pernah berjemaah di sini. Lagipun aku tika di sekolah, lebih sinonim dengan pelajar menengah rendah. Tambahan pula aku bertelekung sembahyang yang melabuh ke lutut pada detik ini. Berlainan dengan penampilanku di sekolah yang lazimnya berbaju mini kurung bertudung turki. Kumpulan pelajar itu jelas menyangkaku salah seorang dari penghuni aspuri; pelajar SM Kirana (2). Mereka hadiahiku jelingan tajam. Mereka hadiahiku dengan wajah yang bengis. Mereka hadiahiku dengan rasa yang benci!!! Mereka meracuni sekeping hati ini.

Tidak terkata. Terkedu aku pada waktu ini. Kecut. Hancur. Kolam mataku digenangi air. Aku sapu air mata itu. Aku sapu kesedihanku. Terbayang pula pada perjuangan Rasulullah dan para anbiya’ yang sentiasa ditohmah lagi dicaci. Kesabaran mereka inspirasiku! Kecekalan mereka pendorongku! Aku mesti kuat.

Sebelum melangkah kaki meninggalkan kumpulan pelajar yang kehausan adab ini, aku memandang mereka sekilas waktu. “Apa kau pandang-pandang? Berlagak baik betul manusia ni! Pergilah!!!” Sekali lagi pelajar itu bersuara keras. Kemudiannya dia hanya tersengih selamba. Sedikit pun tidak mengambil kira perasaanku. Aneh! Bagaimana boleh mereka bersikap sekejam ini? Aduhai puteriku sayang... Hatiku hiba.

Aku memalingkan muka dari mereka. Jauh di sudut hati, kudoakan agar mereka dikurnia petunjuk hakiki. “Ustazah...!” Satu suara memanggilku. Jelas suaranya. Panggilan dari seorang pelajar puteri yang berada tidak jauh dari situ. Pelajar lower form. Tingkatan 2 barangkali. Aku mekarkan senyuman buatnya. Dia telah memerhatikan aku dari awal aku menyapa sekawan pelajar tingkatan 5 tadi. Mendengarkan aku dipanggil dengan gelaran ‘ustazah’, jadi tercengang mereka yang berkasar denganku sekejap tadi. “Ustazah?” Terdengar sayup-sayup persoalan yang timbul sesama mereka tatkala mengetahui aku adalah salah seoarang guru SM Kirana (2). “Er... Maafkan kami ustazah. Kami sangkakan ustazah pelajar baru di sini.” Salah seorang dari mereka memegang hujung jariku. Cepat aku melepaskannya. Entahlah. Hatiku jadi jauh. Hakikatnya, ingin sahaja aku memeluk setiap mereka, sebagai tanda aku terlalu menyayangi mereka. Tapi kejauhan hati ini menghalangku untuk tetap bersabar dan tenang. Aku suarakan kehampaan.

“Saya kecewa dengan kamu semua. Jagalah peribadi. Kalau tidak mahu hormati saya, itu tidak mengapa. Tapi hormatilah insan sekelilingmu. Bersopanlah..., dan sedarlah kita ini hambaNya!.”

Aku meninggalkan mereka.

******************************************

“Deeja! Ni hah... Ada lagi surat cinta!” Kak Syu membawa sampul pink yang berisi surat kepadaku. Entahlah pelajar mana yang mengutusiku. Nasib baik bukan pelajar lelaki. Ngomel hati ini. Tersenyum aku sendirian.

Ahh... Entah kali ke berapa pengutus surat ini mengutusiku. Kenapa tidak terus sahaja dia bersemuka denganku?

Assalamualaikum w.b.t...

Ustazah yang sangat saya hormati dan sayangi... Saya doakan kesejahteraan dan kesihatan ustazah selalu.

Ustazah, kejora yang menerangi hariku...

saya kagumi ustazah. Saya mahukan ustazah untuk sentiasa berada dekat dengan saya. Saya nak ustazah nasihati saya... Saya nak ustazah bimbingi saya. Tapi ustazah..., Ketahuilah, saya tidak mampu berhadapan dengan ustazah. Saya janji, saya akan cuba nenbaiki sahsiah peribadi. Menghiasinya dengan bungaan mahmudah.

Ustazah, tinggal lagi beberapa hari ustazah di sekolah ini. Betapa saya menangis mengenangkan perpisahan yang menyakitkan ini. Ustazah, saya letih menghitung hari. Ustazah akan tinggalkan kami. Ustazah...

Saya sayang ustazah. Saya perlukan ustazah untuk menasihati saya!!! Tolonglah saya... Saya tidak mampu menyatakan siapa saya kepada ustazah. Tidak mampu saya bersemuka, sedangkan hati saya tenang mendengar bicara ustazah. Jiwa saya bahagaia melihat senyuman dan kesabaran ustazah! Salam perpisahan kejoraku!

Kusanjungi jasamu kepadaku...

yang mewarnakan iman di hati...

indah coraknya dihiasi taqwa...

Menuju Ilahi.

Pelajarmu,

Nurul

**************************************************

“Hello... Assalamualaikum, mama ya?” Tersenyum aku mendengarkan suara mama di corong telefon. “Mama apa khabar? Dah lama Deeja tak dengar suara mama.” Terubat

sedikit rinduku. “Mama sihat, alhamdulillah. Papa pun sihat. Kenapa lama tak call?” “Deeja betul-betul sibuk mama. Entahlah, makin lama makin seronok pula Deeja di sini. Tinggal lagi tiga hari tempoh Deeja di sini. Mama... Deeja sayangkan sekolah ni. Deeja sayangkan pelajar-pelajar semuanya. Ma... Perpisahan memang sakit kan ma?” Lama juga aku berceloteh dengan mamaku. Menceritakan pahit manisku di sini. Menceritakan kebahagiaanku sebagai guru. Sebelum mengakhiri perbualan, sempat aku mengusik mama.

“Mama... Semalam Deeja mimpi tau!”

“Mimpi apa ni sayang?”

“Deeja mimpi mama Deeja ni sedang rajin kat dapur... Mama Deeja sedang masak macam-macam untuk Deeja. Ada ayam percik, sotong goreng, sambal belacan... Pandai tau mama Deeja masak dalam mimpi tu...”

“Oho... nak bodek mama lah ni! Okeylah... Balik nanti mama masak special, khas untuk Deeja ya! Cepat tau balik, mama rindukan Deeja. Papa pun asyik bertanyakan Deeja. We miss you very much, sayang...”

“Hmm... Me too. I miss both of you till my last breath. Hehehe... Erm... Okey ma... Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

“Cakap dengan pakwe ke Deeja? Dasyat bunyhinya kau lepaskan kerinduan terbuku? Hehee…” Kak Mila menyapaku. Kak Efah sengih. “Eleh... Mengaku ajelah. Deeja, nanti bila kenduri jemput kami tau! Entah bila pula kita akan jumpa selepas Deeja tamat praktikum di sini.” Kak Efah membangkitkan kesayuan. Aku hakikatnya terlalu sedih untuk meninggalkan semua di sini. SM Kirana (2) banyak mengajarku erti kehidupan. Erti perjuangan serta kesabaran. Aku belajar menelan kepahitan. Aku belajar mencipta kemanisan!

******************************************************

Terasa haus bersangatan. Tiga jam berturut-turut aku di Tingkatan 1 Syuhada’. Hari ini hari terakhir aku di sekolah. Sayu memandang wajah setiap pelajar yang bakal kutinggalkan. Aku singgah di kantin sekolah. Memesan Milo Ais. Aku duduk di bangku menunggu air pesanan. Aku membelek-belek kotak-kotak hadiah di sampingku. Banyak! Dari hari semalam, aku diberi hadiah. Diberi juga kek perpisahan. Memori di sini akanku semat kemas di hati. Sekumpulan pelajar lalu. Aku memerhatikan. Seakan pernah mengenali mereka. Tapi di mana? Mereka lalu bersahaja. Aku memerhatikan. Salah seorangnya berjalan tunduk. Tidak mengangkat muka. Jelas ada duka padanya. Tiba-tiba, kami berpandangan. Dia memandangku. Kemudian dengan cepatnya dia menunduk kembali. Merah wajah putih gebunya. Siapakah dia? Mengapakah dia? Teringat aku tiba-tiba pada jerkahan dan tohmahan seorang pelajar padaku di Masjid Islah pada suatu ketika dulu. Ah... Diakah itu? Aku meneguk Milo Ais yang baru dihidangkan. Sedap. Jadi bertenaga. Segar.

Aku teringin menemui pelajar itu. Dia sedang lalu tidak jauh dari situ. Pertemuan ini sudah kali terakhir. Biarlah jika hendak dikatakanya aku ini manusia penyibuk sebagaimana yang dikatakannya padaku dulu. Aku sudah kebal. Siapa pun dia, bagaimana pun dia, aku sayangi pelajarku!

“Awak!” Aku memanggilnya.

“Ustazah panggil saya?”

“Ya... Boleh ke sini sekejap?

Pelajar itu mengisyaratkan kepada rakan-rakannya untuk meninggalkannya sendiri. Pelajar itu datang. Dekat denganku.

“Ustazah... Maafkan saya atas sikap biadap saya pada ustazah. Maafkan segala peristiwa di masjid baru-baru ini.”

“Tidak mengapa. Ustazah gembira melihat awak hari ni. Bersopan, nampak cantik dan tenang.”

“Ustazah..., saya...”

“Kenapa?”

“Saya... Saya...”

“Erm... kenapa dengan awak? Ada apa-apa yang nak diperkatakan?

“Eh... Takdelah. Nothing. Erm... Hari ni hari terakhir ustazah di sekolah kan?”

“Ya. Nampaknya begitulah. Maafkan salah silap ustazah ya. Awak form 5 kan?”

“Ya ustazah...”

“SPM macam mana? Everything okay? Dah banyak buat preparation untuk exam akan datang?”

“InsyaAllah... Saya akan cuba yang terbaik. Ustazah doakanlah saya.”

Aku senyum. Bahagia melihatkan pelajar yang pada suatu masa sebelum ini bagaikan singa mengaum tatkala berbicara. Bagaikan halilintar tatkala memandang. Lihatlah dia sekarang. Sukar kugambarkan kegembiraan hatiku. Kegembiraan hati seorang guru melihat perubahan ini.

“Siapa nama kamu?”

“Nama saya... Nama saya... Nurul. Saya Nurul... Nurul Saleha.”

Seakan pernah selau aku mendengar sebutan “Nurul”. Ya... Surat yang diterimaku setiap selang sehari selepas peristiwa di Masjid Al Ihsan. “Nurul” inilah yang hasratnya ingin aku bimbinginya. Ingin aku dekatinya. Aku yang disayanginya. Dan... Aku turut menyayanginya!

************************************

Memburu berkelana sejalur cahaya,

Dalam kegelapan kutenui sekudu scinta,

Kujadikan pelita menyinari kesuraman jiwa,

lalu ku atru langkah mengembara rimba dunia, meongkah liku-liku pancaroba...

Dalam mendaki puncak gunung tercinta..,

Pasti ada jua sengatan berbisa menghiris jiwa,

kujadikan penawar suci mengubati luka-luka,

Pasti ada juga terik mentari noda-noda, melebur semangat membara,

kan ku payungi dengan lembayung rahmatNya

jua rimbunan pepohon hidayah dan kasih bahagia,

kerna destiansi kutuju membawa seribu makna,

melakar pelangi indah selamanya...

- - - - - - - -

ieydznur

Julai 2008