Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Wednesday, December 30, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah!

:) Counting days...
Selamat kembali ke medan ilmu... medan juang putera dan puteri generasi cemerlang...

Sunday, December 20, 2009

MENDIDIK ANAK: Pendidik Bukan Sekadar Memberi Ilmu Sahaja

Islam telah memerintahkan Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan mendidik anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah. Secara tidak langsung para ibu bapa membimbing dan memperhatikan anak-anak mereka supaya tidak kehilangan jejak dan tersesat dalam keragu-raguan dan kecurigaan. Pendidikan adalah wajib bagi setiap umat Islam samada lelaki mahupun wanita. Masyarakat yang terdiri daripada orang-orang berilmu dan berpendidikan adalah yang terbaik dianrata yang lain. Tetapi kenapakah masyarakat hari ini kucar kacir walaupun ramai golongan intelek dan berilmu pengetahuan ?. Perlulah diketahui bahawa pendidik yang ada pada hari ini, banyak melahirkan generasi yang tidak bermoral dan rosak akhlaknya. Rata-rata pendidikan sekular tidak dapat membentuk seseorang agar menjadi seorang yang berguna ditengah masyarakat dan bertaqwa kepada tuhannya. Malah mereka dicanangkan untuk mendapatkan jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan setelah tamat pelajaran.

Dalam kebangkitan Islam yang melanda seluruh dunia kini, ramai ibu bapa yang mula sedar akan pentingnya pendidikan Islam. Mereka mahukan anak-anak mereka dididik secara Islam sejak dari kecil lagi. Mulalah mereka menghantar anak-anak memasuki tadika Islam untuk dilatih dan dididik secara Islam. Ini kerana sebahagian besar daripada ibu bapa itu lemah pengetahuan dan amalan Islam dan tidak mampu mendidik anak-anak sendiri secara yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Sekiranya diri mereka jahil dengan ilmu Islam dan corak hidup secara Islam, namun anak-anak janganlah dibiarkan jahil dan sesat juga. Kasihan pada anak-anak yang masih putih bersih itu terpaksa dicorakkan dengan satu sistem yang kotor dan tidak bermakna.

Di dalam hal ini, tidak syak lagi bahawa guru-guru mempunyai peranan yang besar di dalam membentuk peribadi kanak-kanak. Mereka merupakan sumber ilmu pengetahuan, contoh ikutan dan punca kanak-kanak mengetahui betul atau salah dan baik buruknya sesuatu perkara. Berapa ramai kanak-kanak yang berjaya membentuk peribadinya dengan pengaruh guru. Disamping itu juga, berapa ramai kanak-kanak yang benci kepada guru dan ilmu yang tertentu yang disebabkan guru. Pengaruh guru dan pendidik itu bukan hanya dapat dilihat di alam lapangan ilmu pengetahuan muridnya, tetapi juga dapat dilihat di dalam tingkah laku dan peribadi mereka yang dicontohi dan ditiru daripadanya. Tugas guru bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan, malah membentuk peribadi kanak-kanak supaya menjadi manusia yang berjiwa bersih dan berguna di dunia dan di akhirat kelak.

Tugas mendidik kanak-kanak, sukar untuk dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa keras dan kasar, tetapi perlu jiwa yang halus dan lembut. Kebiasaannya mendidik anak-anak lebih berkesan dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya diperingkat tadika. Guru yang lemah lembut, penyayang, berdisiplin dapat mencorak bukan sahaja peribadi kanak-kanak, malah peribadi ibubapa kanak-kanak tersebut. Ibubapa yang jahil apabila anak-anaknya berakhlak akan membuatkan hati mereka tertarik dengan didikan yang diberikan oleh guru tersebut. Lantas mereka secara tidak langsung akan terpengaruh dengan didikan dan tarbiyah secara tidak langsung dari anak-anaknya. Mereka menyedari hanya Islam saja yang dapat membentuk hidup bahagia dan sempurna. Anak-anak dapat dilatih dan dididik agar berakhlak serta patuh kepada orang tua.

Misalnya seorang kanak-kanak yang telah dilatih di Tadika Islam, di sana mereka diajar sembahyang , puasa, tutup aurat dan sebagainya. Apabila pulang ke rumah di dapati ibu bapanya tidak sembahyang, lalu ditanya kepada ibu bapanya mengapa tidak sembahyang, sedangkan sembahyang itu wajib. Maka dengan sendirinya ibubapa akan sedar akan kejahilan meraka selama ini. Sedangkan anak mereka bersungguh-sungguh melaksanakan sembahyang lima waktu sehari semalam. Meraka akan rasa terpukul kerana jika seorang budak boleh metaati perintah Allah, kenapa pula mereka selaku orang tua tidak sanggup melaksanakannya.

Di dalam masyarakat kita pada hari ini, ramai pendidik yang tidak berjaya dalam mendidik anak-anak muridnya kerana tugas mendidik itu tidak dijiwai dan dihayati sungguh-sungguh kerana Allah. Mereka hanya memikirkan soal gaji semata-mata kerana sudah tidak ada kerja lain yang hendak dilakukan selain daripada mengajar. Sebab itulah orang yang terdahulu amat mengambil berat tentang sikap dan peribadi guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Pernah utbah bin Abi Sufyan berkata kepada guru anaknya: "Jadikanlah perbaikan ke atas anakku perbaikan keatasmu juga. Kerana mata mereka akan berpusat kematamu, dan bagaimana naiknya pandangan mereka akan menjadi kebaikan yang kamu lihat. Dan kejelekan yang akan mereka lihat adalah kejelekan yang kamu lihat juga."

Disiplin perlu ditekankan semasa mendidik kanak-kanak supaya mereka mempunyai tatacara dan kelakuan yang baik dan hal itu perlulah diberikan penekanan sejak dari kecilnya lagi. Para hukama berkata: "Pendidikan anak pada peringkat kecilnya adalah seperti lorekan pada batu." Di dalam hal ini para ibu bapa harus menelti sekolah mana yang harus diserahkan anak-anak untuk dididik jiwanya. Seorang guru yang berilmu dan berjiwa Islam dan bertakwa akan dapat membentuk anak-anak kita ke jalan yang benar dan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Dipetik dari: http://unity99.tripod.com/taz3.html

Saturday, December 12, 2009

Perisian baru dalam blog kami.

Assalamualaikum warahmatullah...
Pertamanya, diucapkan selamat bercuti kepada semua para pendidik di luar sana..., tidak kira di mana kalian berada, diharapkan tautan hati antara pendidik tetap utuh bersama :) Selamat menghabiskan hari-hari cuti yang bakal pergi... Tidak sampai 3 minggu lagi kita akan berada di medan ilmu nun di sekolah bagi mencurahkan ilmu dan mendidik jiwa anak-anak kecil di sana... di mana?! -di sekolah kita lah. :) -
Rindukah pada anak-anak kecil itu...? atau perasaan yang bagaimanakah jauh di lubuk hati kalian? Mudah-mudahan demikianlah. Sudah lama mereka tidak bersama kita; bermakna sudah lama jugalah mereka menghabiskan hari-hari mereka di rumah bersama keluarga dengan aktiviti tersendiri. Jika elok pemerhatian dan kendalian ibu bapa menguruskan anak-anak mereka, alhamdulillah... Tapi bagaimana dengan mereka yang jauh dari keadaan sedemikian?...
Tidak usah lah kami berceloteh panjang di sini kan... :) Cuma hendak kami maklumkan bahawa di laman hadiqatulj-qafskj ini mula memuatkan beberapa bahan yang telah dikumpulkan (*insyaAllah akan dimuatkan apa-apa bahan yang belum kami upload lagi) untuk kita manfaatkan sepanjang pengurusan p n p di sekolah. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita manfaatkan.
Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan blogger lain yang pastinya banyak membantu pengisian blog kami yang masih bertatih ini. Terima kasih atas info-info yang dimuatkan, bahan-bahan yang disediakan... Segalanya kami manfaatkan dan mengumpulkannya di sini untuk rujukan bersama. Terima kasih kepada rakan bolgger lain (terutamanya guru-guru j-QAF dari seluruh pelusok negara kita yang 1 Malaysia ni... :) Thanks ye! Jazaakumullah khaira... Sama-samalah kita berusaha untuk kemantapan j-QAF semalaya! Aiwaaah... (^_^)
Di halaman blog yang tak seberapa ini, andai boleh hendak kami list kan semua blog rakan j-Qaf dan yang berkaitan dengan isu j-QAF (KPM, PPD, JPN, etc...) agar maklumat yang pelbagai dapat kita kongsikan semaksima mungkin.
Rakan-rakan j-QAF / guru-guru / siapa-siapa yang sudi menziarahi blog kami, yang sedang membaca entry ini..., diucapkan terima kasih. Sokongan kalian diharaplkan selalu. Sudilah juga kiranya kalian tinggalkan link blog j-QAF/halaman berkaitan j-QAF / P n P / komen, cadangan, maklumat, dialu-alukan unruk dikongsikan bersama... di kotak pesanan kami di sebelah ni -------->
(ada kan? Atau shout box tu kat atas? hehhehe... :) ) InsyaAllah dengan kesudian kalian, sama-sama kita membangkitkan keberkesanan dan kemantapan program j-QAF di sekolah masing-masing. InsyaAllah...3x... :) Syukran...
~ Semoga Allah memberkati usaha kita...~
Wassalam... Wa barakallah fiikum... Allahumma Aaamiin...

Friday, December 11, 2009

Kalendar Persekolahan Tahun 2010

::Anda boleh rujuk di sini ::
You can refer here:: ------> http://www.moe.gov.my/?id=19〈=my
Kumpulan A
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan03.01.201031.01.201021
Hari Persekolahan01.02.201028.02.201020
Hari Persekolahan01.03.201011.03.20109
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201020.03.20109
Hari Persekolahan21.03.201031.03.20109
Hari Persekolahan01.04.201029.04.201021
Hari Persekolahan02.05.201031.05.201022
Hari Persekolahan01.06.201003.06.20103
Cuti Pertengahan Tahun04.06.201019.06.201016
IIHari Persekolahan20.06.201030.06.20109
Hari Persekolahan01.07.201029.07.201021
Hari Persekolahan01.08.201031.08.201023
Hari Persekolahan01.09.201002.09.20102
Cuti Pertengahan Tahun03.09.201011.09.20109
Hari Persekolahan12.09.201030.09.201015
Hari Persekolahan03.10.201031.10.201021
Hari Persekolahan01.11.201018.11.201014
Cuti Akhir Tahun19.11.201001.01.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78
Kumpulan B
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan04.01.201029.01.201020
Hari Persekolahan01.02.201026.02.201020
Hari Persekolahan01.03.201012.03.201010
Cuti Pertengahan Penggal13.03.201021.03.20109
Hari Persekolahan22.03.201031.03.20108
Hari Persekolahan01.04.201030.04.201022
Hari Persekolahan03.05.201031.05.201021
Hari Persekolahan01.06.201004.06.20104
II Cuti Pertengahan Tahun05.06.201020.06.201016
Hari Persekolahan21.06.201030.06.20108
Hari Persekolahan01.07.201030.07.201022
Hari Persekolahan02.08.201031.08.201022
Hari Persekolahan01.09.201003.09.20103
Cuti Pertengahan Penggal04.09.201012.09.20109
Hari Persekolahan13.09.201030.09.201014
Hari Persekolahan01.10.201029.10.201021
Hari Persekolahan01.11.201019.11.201015
Cuti Akhir Tahun20.11.201002.01.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78
Kumpulan AKumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya