Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Tuesday, September 7, 2010

Program Ihya' Ramadhan SKJelawat 2010

Antara sedar dan tidak, Ramadhan 1431 kian meninggalkan kita semua. Ramadhan... Benar! Hadirnya Ramadhan kita nanti-nantikan... perginya ditangisi...
Bersempena Bulan Ramadhan yang penuh barakah dan limpah nikmatNya, SK Jelawat tidak melepaskan peluang menghidupkan penghayatan Ramadhan di sanubari murid-murid dan seluruh warga SKJ. Alhamdulillah, pelaksanaan Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah bersaya dilaksanakan dengan jayanya.
Setelah sekian lama hadiqatulj-qafskj menyepi; dek kesuntukan waktu mungkin... akhirnya di kesempatan ini kami kongsikan antara pengisian sepanjang Ramadhan 1431 Hijriah; 2010... Moga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua.
Ihya Ramadhan merupakan salah satu aktiviti yang terkandung di dalam pelaksanaan program Panitia Pendidikan Islam yang perlu dilaksanakan bagi memberikan pengisian minda, jiwa dan kerohanian SK Jelawat bagi meraikan dan membesarkan bulan yang penuh kemuliaan ini. Ia diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kelebihan Bulan Ramadhan, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang Ramadhan, cara menjalani ibadah puasa dengan betul dan bagi memastikan murid mempunyai aktiviti yang berfaedah sepanjang menjalani ibadah puasa selain Proses P&P di dalam kelas.

PELAN BERTINDAK

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1431 H

Aktiviti/ Tarikh

11/8

12/8

15/8

16/9

17/9

18/9

19/9

22/9

23/9

24/9

25/9

26/9

30/8

31/8

1/9

Buletin

*

Tazkirah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tadarus

Al-Quran

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Majlis Khatam al-Quran

*

Pertandingan

(Azan/Iqamah,

Teka Silangkata,

Kuiz)

*

Berikut antara gambar yang sempat kami rakamkan pada hari pertandingan dilaksanakan...~ (^_^)
Kelihatan Pn. Rohani Awang Ahmad yang mempengurisikan majlis sepanjang hari pertandingan dilaksanakan...~
Pn. Masitah Zakaria menerangkan cara penyertaan / penglibatan peserta
& syarat-syarat pertandingan...~
Kuiz bermula. Adik Faris dari 5 Saga mencuba tuah beliau... ;)
Peserta sedang khusyu' mengisi petak teka silangkata berkaitan Ramadhan Al Mubarak...
Pn. Hamidah Omar dan Puan Masitah Zakaria kelihatannya mengawasi peserta...~
Penyertaan Hafazan oleh wakil murid Tahun 5.
Ustaz Khairussalleh M.Noor dan Ustaz Ahmad Ridzuan Mustapha menyemak bacaan...~
Pelbagai aksi azan dapat disaksikan... Murid terpegun dengan
keindahan laungan Azan nan suci...
Senyuman Adik Elya Natasya menceritakan keceriaan hari program...~
Setelah bersurai... Antara guru yang sempat possing sebelum meninggalkan Makmal Komputer.
Duduk dari kanan: PK KO; Pn. Ade Irma Kartini Che Leh, Pn. Rohani Awang Ahmad, Pn. Masitah Zakaria, Pn. Noriah Daud
Berdiri dari kanan: Pn. Rohaya Ibrahim, Pn. Hamidah Omar, Pn. Kamilah Mat, Pn. Siti Rokiah M. Noor, Cik Nur Hafidzah Mat Daud, Cik Nor Azliza Aling, PK HEM; Pn. Ramlah Ismail...~
Tahun Depan jumpa lagi!!! InsyaAllah...~

No comments: