Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Tuesday, September 7, 2010

Kelebihan Lailatul Qadr

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”

-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a

Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapannnya, kerana malam itu adalah satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).. Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun ke bumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Lailatul Qadr merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat. Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setelah berhimpun di pelusok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

Firman Allah taala:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan Al Quran ini pada malam Lailatul Qadar.

Dan apakah engkau sudah tahu apakah malam Lailatul Qadar itu?

Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara.

Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar!” (Surah Al Qadr: 1-5)

Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”

Hadis riwayat Anas r.a, Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan; lebih baik daripada 1000 bulan.

Program Ihya' Ramadhan SKJelawat 2010

Antara sedar dan tidak, Ramadhan 1431 kian meninggalkan kita semua. Ramadhan... Benar! Hadirnya Ramadhan kita nanti-nantikan... perginya ditangisi...
Bersempena Bulan Ramadhan yang penuh barakah dan limpah nikmatNya, SK Jelawat tidak melepaskan peluang menghidupkan penghayatan Ramadhan di sanubari murid-murid dan seluruh warga SKJ. Alhamdulillah, pelaksanaan Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah bersaya dilaksanakan dengan jayanya.
Setelah sekian lama hadiqatulj-qafskj menyepi; dek kesuntukan waktu mungkin... akhirnya di kesempatan ini kami kongsikan antara pengisian sepanjang Ramadhan 1431 Hijriah; 2010... Moga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua.
Ihya Ramadhan merupakan salah satu aktiviti yang terkandung di dalam pelaksanaan program Panitia Pendidikan Islam yang perlu dilaksanakan bagi memberikan pengisian minda, jiwa dan kerohanian SK Jelawat bagi meraikan dan membesarkan bulan yang penuh kemuliaan ini. Ia diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kelebihan Bulan Ramadhan, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang Ramadhan, cara menjalani ibadah puasa dengan betul dan bagi memastikan murid mempunyai aktiviti yang berfaedah sepanjang menjalani ibadah puasa selain Proses P&P di dalam kelas.

PELAN BERTINDAK

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1431 H

Aktiviti/ Tarikh

11/8

12/8

15/8

16/9

17/9

18/9

19/9

22/9

23/9

24/9

25/9

26/9

30/8

31/8

1/9

Buletin

*

Tazkirah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tadarus

Al-Quran

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Majlis Khatam al-Quran

*

Pertandingan

(Azan/Iqamah,

Teka Silangkata,

Kuiz)

*

Berikut antara gambar yang sempat kami rakamkan pada hari pertandingan dilaksanakan...~ (^_^)
Kelihatan Pn. Rohani Awang Ahmad yang mempengurisikan majlis sepanjang hari pertandingan dilaksanakan...~
Pn. Masitah Zakaria menerangkan cara penyertaan / penglibatan peserta
& syarat-syarat pertandingan...~
Kuiz bermula. Adik Faris dari 5 Saga mencuba tuah beliau... ;)
Peserta sedang khusyu' mengisi petak teka silangkata berkaitan Ramadhan Al Mubarak...
Pn. Hamidah Omar dan Puan Masitah Zakaria kelihatannya mengawasi peserta...~
Penyertaan Hafazan oleh wakil murid Tahun 5.
Ustaz Khairussalleh M.Noor dan Ustaz Ahmad Ridzuan Mustapha menyemak bacaan...~
Pelbagai aksi azan dapat disaksikan... Murid terpegun dengan
keindahan laungan Azan nan suci...
Senyuman Adik Elya Natasya menceritakan keceriaan hari program...~
Setelah bersurai... Antara guru yang sempat possing sebelum meninggalkan Makmal Komputer.
Duduk dari kanan: PK KO; Pn. Ade Irma Kartini Che Leh, Pn. Rohani Awang Ahmad, Pn. Masitah Zakaria, Pn. Noriah Daud
Berdiri dari kanan: Pn. Rohaya Ibrahim, Pn. Hamidah Omar, Pn. Kamilah Mat, Pn. Siti Rokiah M. Noor, Cik Nur Hafidzah Mat Daud, Cik Nor Azliza Aling, PK HEM; Pn. Ramlah Ismail...~
Tahun Depan jumpa lagi!!! InsyaAllah...~

Wednesday, May 5, 2010

Selesai memuat turun...

Pagi tadi menerima surat pemberitahuan tentang:
Alhamdulillah semuanya selesai dan insyaAllah bakal dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki.

Monday, May 3, 2010

Pelaksanaan Kem Literasi Al Quran SKJ Siri 2 2010

Kem Literasi Al Quran Siri 2 yang melibatkan murid-murid yang masih mengikuti Kitab Iqra' 2-6 diadakan pada 03 Mei, 04 Mei dan 9 Mei pada jam 1.10 - 4.00 petang di SK Jelawat...
Pada kali ini, murid yang terlibat adalah dari Tahun 4 dan 5.
Pelaksanaan Kem Literasi AlQuran Siri 1 pada awal Februari lalu telah melibatkan murid-murid yang masih lemah menguasai bacaan Al Quran, yang terdiri dari murid Tahun 1, 2 dan 3...
Ilmu mempelajari Al Quran merupakan ilmu Fardhu Ain yang wajib dituntut dan didalami oleh setiap ummat Islam.
Memandangkan masih ramai murid yang belum menguasuai pembacaan Al Quran dal Ilmu Tajwid, maka Panitia Pendidikan Islam SK Jelawat mengambi langkah mengadakan Program Literasi Al Quran bagi memantapkan pengetahuan murid tntang huruf huruf AL Quran sekaligus menggalakkan murid-murid menguasai bacaan dan memperbaiki kelemahan...~
Objektif Program:
  • Memulihkan murid-murid yang belum celik hurf Al Quran
  • Menambahkan penguasaan murid tentang huruf Al Quran
  • Meningkatkan mutu bacaan Al Quran murid
  • Meningkatkan kesedaran dan minat murid untuk membaca Al Quran
Sasaran Peserta:
  • Murid Tahun 4 = 60 orang
  • Murid Tahun 5 = 50 orang
  • JUMLAH = 110 orang

Sunday, May 2, 2010

Ke Pesta Buku Kelantan 2010

Alhamdulillah...
Pada petang 02 Mei 2010 sebahagian murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SKJ ke Dewan Jubli Perak MPKB untuk bersama-sama meraikan dan memanfaatkan Pesta Buku Kelantan 2010.

Friday, April 30, 2010

Sanah Helwah... Mielad Sa'ied! Happy Birthday!!! :)

Ini kek kami semua yer... :-)
Birthday kami warga j-QAF SKJ hampir-hampir belaka...
Ustzh Siti Rokiah pada 25 Mac...
Ustzh Masitah pada 08 April...
Ustzh Nur Hafidzah pada 25 April...
Ustz Hj. Mohd Zein pada 28 April...
Ustz Zulkifli pada 04 Mei...
Ustzh Nor Azliza pada 26 Mei..
manakala di penghujung tahun...,
Ustzh Hamidah pada 30 November... :-)
Apa-apa pun...
Selamat Hari Ulangtahun kelahiran...
Tak lupa... Salam Ulangtahun kelahiran juga buat Cikgu Hanipah Nokman pada 05 Mei... dan Cikgu Sanusi pada 04 Mei... Semoga mendapat limpahan dan payungan kasih sayang dariNya...~