Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Friday, February 19, 2010

Pelaksanaan Kem Literasi Al Quran SKJ Siri1 2010

Alhamdulillah, SK Jelawat telah berjaya melaksanakan Kem Literasi Al Quran siri pertama di Masjid An Naim Mukim Jelawat pada 06 Februari yang lalu. Alhamdulillah... keseluruhannya memuaskan!
Sasaran peserta untuk siri pertama adalah seramai hampir 200 orang... dengan kerjasama GPI, guru KAFA dan guru j-QAF SKJ. 20 Orang fasilitator mengemudikan bengkel khas ini demi meningkatkan mutu dan tahap pencapaian bacaan... Untuk siri 1 ini, peserta terdiri dari murid terpilih yang masih membaca kitab iqra' 1-3 dari tahun 2-4...
Alhamdulillah pencapaian memberansangkan dan mengembirakan hati kami sebaik melihat hasil KLAQ diadakan. Syukur pada Allah s.w.t. Murid-murid yang dikesan dapat naik dari tingkat iqra' (Iqra' 1 ke Iqra' 2 / 3 / 4 / 5 / 6) diberi cenderahati berupakan naskhah AL Quran. Moga2 mereka lebih mencintai Al Quran dan mengerti bahawa kehidupan ini pasti lumpuh tanpa berasaskan kitab Allah ini. Mudah-mudahan KLAQ akan datang lebih berjaya... lantas usaha ini diredhaiNya. Amiiin...~

No comments: