Ahlan! ~Blog j-QAF SK Jelawat~

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



BARISAN GURU SKJ... (PUZZLE MODE). CHECK IT OUT!~



ALbUm KBS j-QAF SK JELAWAT


album p n p j-QAF sk jelawat


Friday, February 19, 2010

Tentang PKSR

Ramai rakan-rakan seperjuangan j-QAF mengutarakan persoalan ini. Kami sendiri masih di awang-awangan untuk mehaminya sebelum ini. Alhamdulillah... Setelah lama berfikir sendiri, bertanya di sana dan di sini... rasanya info yang diperoleh dari blog akh Mior Syazril banyak membantu. Semoga dapat sama-sama kita manfaatkan pengetahuan mengenainya. InsyaAllah. Terima kasih kpd beliau.
Berikut adalah penulisan akh Mior tentang PKSR format baru...

Ahad, Januari 03, 2010

PKSR 2010 & 2011

Sebagai langkah awal bagi persediaan guru-guru bahasa Arab j-QAF melaksanakan PKSR bahasa Arab pada tahun ini, saya terpanggil untuk menulis sedikit catatan berkenaan dengannya setelah ianya disebut oleh Akh Nazri dalam chat box saya di blog ini.
Setelah diperbincangkan berkali-kali diperingkat kebangsaan oleh jawatankuasa PKSR Bahasa Arab peringkat kebangsaan, PKSR tahun 2010 dan 2011 adalah berbeza diantara keduanya dan tahun-tahun yang sebelumnya.
Secara ringkas, berikut adalah hasil mesyuarat terakhir saya bersama Jawatankuasa PKSR Bahasa Arab di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM yang berlangsung di Seaview Hotel Langkawi pada 8 - 10 Disember yang lalu. Mesyuarat ini dibawah kendalian Ustazah Faseha (BPK) dan diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Lutfi bin Haji Abu Bakar (Penolong Pengarah j-QAF JPN Perak).
-------------------------------------------------------
PKSR 2010
TAHAP SATU
Tahun 1 & 2 : berjalan seperti sebelum ini (PKSRsetiap bulan)
Tahun 3 : Penilaian* 4 kali setahun (Seperti yang dibentangkan di Kursus JLU Kebangsaan di Goldcost Klang tahun 2009 yang lalu. Soalan disediakan oleh BPK).
TAHAP DUA
Tahun 4, 5 & 6 : PKSR dijalankan pada pertengahan & akhir tahun. (Seperti sebelum ini, soalan disediakan oleh BPK)
-------------------------------------------------------
PKSR 2011 dan seterusnya...
TAHAP SATU
Tahun 1, 2 & 3 : PKSR setiap bulan (10 soalan lisan setiap bulan dan disediakan oleh BPK)
TAHAP DUA
Tahun 4, 5 & 6 : PKSR pada pertengahan & akhir tahun (Soalan disediakan oleh BPK)
-------------------------------------------------------
* Sekiranya ada dapat perhatikan, PKSR 2010 untuk tahun 3 tidak dipanggil dengan nama PKSRbahkan disebut "PENILAIAN". Juga kita dapat dilihat bahawa penilaian tersebut hanya dilaksanakan pada tahun 2010 sahaja. Jawapan bagi persoalan tersebut adalah kerana format yang telah dibincangkan bagi pelaksanaan penilaian empat kali setahun tersebut tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Oleh yang demikian, jawatankuasa mesyuarat telah sepakat untuk menamakannya dengan nama "Penilaian" dan akan dilaksanakan format empat kali setahun tersebut hanya pada tahun 2010 sahaja, seterusnya akan berubah pada tahun 2011 mengikut format PKSR yang sebenar, yang sama formatnya dengan tahun satu dan dua.
Penerangan lanjut berkenaan PKSR ini akan saya perincikan pada entri yang akan datang.
Sekian untuk makluman semua guru-guru bahasa Arab j-QAF.
Walaubagaimanapun, segala keputusan strategi/cara penilaian/PKSR ini MUNGKIN akan berubah mengikut perbincangan-perbincangan yang masih belum selesai dalam mesyuarat di BPK yang akan datang. Segala perubahan akan diberitahu kelak.
Untuk maklumat yang lebih jelas,
iya...

PKSR 2010

Tahun 1 dan Tahun 2

PKSR setiap bulan

(Sebagaimana pelaksanaan tahun lepas)

Tahun 3

Penilaian 4 kali setahun

(Soalan disediakan oleh BKP)

PKSR

BULAN

TAJUK

MARKAH

JUMLAH

1

Mac

1-3

50 m

100 m

(Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun)

2

Mei

4-5

50 m

3

Julai

6-7

50 m

100 m

(Markah Peperiksaan Akhir Tahun)

4

Oktober

8-10

50 m

Tahun 4, 5, 6

PKSR Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

(Soalan disediakan oleh BKP)

PKSR 2011 dan tahun seterusnya

Tahun 1, 2, 3

PKSR setiap bulan

(Sebagaimana pelaksanaan tahun lepas)

Tahun 4, 5, 6

PKSR Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

(Soalan disediakan oleh BKP)

No comments: